EL

17:59 Maisarah Mimo 0 Comments

Wuish kacaknya jack frost. hahah. 
Hey blogger.

Sebelum habis tahun 2015, marilah kita cerita sana sini. el. apakah itu el ? Siapa el ? Dari mana muncul ? hahah lek lek. Sebenarnya, dia tu classmate aku. namanya danial. tu nama singkatan bagi el. Huda yang wujudkan nama tu. Gosip tahi kucing telah tersebar sampai kelas sebelah je punsss. Okay, macam ni. Tahun lepas, kelas aku ada buat jamuan kelas. Aku minta gambar dari kamera arfah pun tahun lepas tapi dia kata nantilah dia bagi. busy konon :3 Sikit je dia tu pun dalam phone dia. Tahun ni lah baru dia bagi semua gambar. Tapi dia belum bagi lagi, dia tengok-tengok gambar jamuan tu dan terperasan.....

Terperasan.........
Terperasan.........
Terperasan.........
Tak ada apa. Dia perasan ada gambar aku dengan danial. Duhhh peliknya, macam mana aku boleh tangkap gambar dengan dia. Semak je -.- Aku pun kenapalah tak ingat siapa yang tangkap gambar tu. Memang nak kena. alissa kalau tak silap. Arfah pergi hantar dekat ws, "cehh dalam diam-diam". Kwaja. hahahhaa. Nasib baik masa tu cuti panjang. Kalau buka sekolah, mesti semua kecoh. Classmate je pun. Betullah sangkaan aku. Ni semua gara-gara arfah. Aku fikir senyap je sebab diorg dah lupakan . Yela cuti panjangkan. Ingatan diorg mesti lupus . hahaha tapi tak. Satu hari dekat sekolah kena bahan dengan mereka. Apakan dayaku untuk menghalang ? dalam 20 lebih lawan aku. Aku kalah lah kan ? Aku mampu gelak je. hahahah. Banyak duh peristiwa. haih. Aku cerita dekat huda, serupa tak yah cerita. Dia tu pun sekepala macam classmate aku. 

Tak sangka tersebar dekat kelas sebelah. Datang-datang je sekolah, duduk dekat dataran, emi cakap mana MaiEl ? Perghhh, over nya korg siap ada nama singkatan bagai. hahahahahaahahhahah. Ni huda lah ni. Tah mana dapat idea. Hey huda, ingat rol. :P :P :P  Ada satu peristiwa..... Jeng jeng jeng....

Pagi selepas dah masuk kelas. Aku tengok papan putih tu menyakitkan mata aku dengan contengan. Jadi aku padamlah. Korg tahu apa terjadi ? Oh mestilah tidak kan ? Aku terdengar ada bunyi tapak kasut jalan ke arah aku. Aku toleh belakang. Korg tahu siapa aku nampak ? hahahah macam dah tahu kan. siapa lagi, el lah. Aku rasa macam apa kena dengan danial ni ? Awkward gila datang dekat-dekat aku. Rupanya nak tolong aku padam papan putih. hahahahaah. Paling tak leh bla, tak menyempat letak beg dekat tempat dia. Aku letak je lah pemadam tu biar kau padam. hahahah. Ratna pulak memang tengok saat-saat pelik dan cakap "wahhhh, mai danial datang nak tolong." Aku menangis tak berlagu. huhhuhu hari tu pun kena bahan. hahah sedihnya hidup. Aku pun tak faham dengan mood dia pagi-pagi tu. 

Pasal gambar tu. Aku cuba sedaya upaya untuk menafikan gambar tu. hahahah. Aku hitamkan gambar tu. dan post dekat insta. Aku gelapkan area danial je lah. Hahahah muiz tanya kenapa gelapkan ? hohoho soalan misteri. Diorg yang ada insta tu tahu lah. Aku berani buat macam tu sebab el tu tak ada insta :P :P Rasyid kot pergi komen "danial tu dah lah hitam, kau gelapkan lagi" ahahahhaahhah. tak baik ah korg. Tergelak aku sorg-sorg menaip ni. Namun ada yang pergi hantar gambar tu dekat el. Omg ! siapa yang bagi oh. Kejam sungguh. Diorg kata el marah sebab aku gelapkan gmbrnya. Maaf ya. hahaaha. Macam biasa, esok pergi sekolah kena bahan lagi.
ratna cakap, ayok mai pergi minta maaf dekat danial. hahahaa. haritu aku tak berani nk tengok muka el. Lepastu ratna cakap, mai nanti minta maaf dekat danial waktu hari raya. hahaha omg bestarian , aku rindu korg lah ! Rindu nak gelak-gelak.

yang ni cerita lain pulak. cikgu liza bagi karangan untuk buat secara berpasangan. Aku dah berdebar-debar duh. hahhaha. Mesti hal el akan timbul lagi. dari cikgu yang tak tahu terus jadi tahu. hahaha. Cikgu suruh bestarian bangun dan berdiri dekat depan untuk menentukan partner masing-masing. Cikgu sebut nombor ikut list nama kelas. contoh, 1 dengan 10. macam tu lah. tapi ada yang tak hadir. Jadi memang dah ramai ada partner. Tinggal aku, izzah, farah, ainin. lelaki tinggal el, amirul (monitor). btw, teacher musalmah suka panggil dia monitor daripada nama dia. hahahah funny lah. eh luar tajuk pulak. lagi sorg siapa enth. faizol kot. awok mendukung faizol . hahahah maaf keluar tajuk lagi. 

lepastu arfah cakap, "Cikgu, mai dengan danial", aku macam rasa apa dah jadi dengan dunia bestarian ni. lol. Bila dia cakap tu, semua teriak macam baru lepas keluar zoo. Cikgu memang dah hampir suruh aku jadi partner el tu. Aku tak nak oh. Alhamdulilah, cikgu tak jadi nak el jadi pasangan aku. Cikgu terus tukar, biar farah dengan el. Aku dapat tengok reaksi diorg. "Alaaaaa" dengan muka sedih hahahahhahahahah hatiku yang ketawa riang gembira. Jadi cikgu satukan aku, izzah,ainin. Yeayyyyy ! Tahu sebab apa cikgu tak nak ? Sebab diaorg teriak kerana nk sangat cikgu jadikan aku partner el. please lah. Tulah bising lagi. Hohoho. Tapi ennn, boleh pulak cikgu sempat cakap, " Cikgu pinjam danial kejap ya maisarah" hahahahhahahahahhahahaharindupnlizahmmm. Tu je la yang aku ingat pasal peristiwa el. lolz. Aku share pun sebab huda suruh T_T lagipun zaman persekolahan dah tamat. huaaaaaaaa T_________________T . Assalamualaikum.

klik klik terima kasih. jom JOIN


0 comments: