Aku hampir

11:52,5 Comments

Image result for kidnapped tumblr
Berhati-hati


Hey blogger.
Sekarang ni kes culik berleluasa kan ? Takut aku. Eh maksud aku, risau aku. pfft. Tetiba teringat masa zaman dahulu, aku pun hampir, hampir, hampir kena culik. Alhamdulilah, aku selamat sampai sekarang. Trauma tu masih ada sikitlah. Nak tahu ke ? jom jom.

Masa tu aku baru pindah je dekat rumah baru tapi belum duduk lagi. Cuma tengok tengok rumah. Entahlah aku tak ingat, tu semua ayah aku yang uruskan. Kawasan tu pun masih baru dan sunyi masa tu. hahahah yang aku tahu main basikal orang. hahahahah. Yela, rumah lama tak dapat nak main basikal luar pagar. Boleh main dekat dalam pagar je. Jadi masa pergi rumah baru tu bolehlah nak main dekat luar pagar. hahaha. Haaa, masa tu aku baru je nak masuk darjah tiga. Huhu. Kebetulan ada jiran aku ni kawan sekerja dengan ayah aku , jadi aku kenallah anaknya. Aku pun nak pinjam basikal dia. hahahahaha Nak berlatih naik tanpa dua roda. Omg ! hahahah sampai macam tu sekali. Nasib anak dia bagi. kahkah.

Dalam main basikal dengan gembiranya dan masa tu masih ramai lagi dekat luar. Parents aku tengah berborak dengan jiran baru dekat-dekat situ. Lepastu, jiran baru tu ajak masuk tengok rumahnya tengah renovate. Tinggalah aku dengan adik aku yang ketiga.

Aku pun mainlah basikal tu nak cuba sangat kan tanpa dua roda. hahaha. Masa main basikal tu, aku takdelah jauh sangat dengan adik aku tu. Tapi aku rasa panas sangat masa tu, yela waktu tengah hari aku main basikal. Memang panaslah kan. Aku dengan adik aku duduk jap dekat satu tembok depan rumah jiran baru tu.

Masa tu jugaklah, ada kereta kelabu waja bawa slow sampai depan kitaorg. Aku masa tu terus bangun dengan adik aku. Rasa macam kaki ni terlalu ringan nak lari. Mula-mula driver keluar dan tanya, alamak aku tak ingatlah mula-mula dia tanya apa. Rasanya, dia tanya nama aku kot. Lepas tu dia tanya, "Adik, nama mak siapa ?", Aku yang terlalu naif pergi jawab padahal dah banyak kali kena pesan kalau orang tanya jangan jawab. Aku panik kot. hahahahha. Lepastu, "Nama ayah siapa ?". Aku jawab kot rasanya. Lepastu, orang sebelah dia pulak keluar dari kereta kelabu waja tu. Datang makin hampir dekat kitaorg.

Tetiba kaki aku ni memang nak lari. Pada masa yang sama, aku kata dekat adik aku,"Nabilah, jom". Aku tarik tangannya pergi rumah jiran baru tu. apalagi, lari laju-laju lahhhhh. Aku campak basikal tu tergolek atas jalan. Aku cakaplah dekat ayah aku, "Abah, ada orang panggil abah dan tanya nama semua tu". Tapi ayah aku buat tak tahu je borak dengan jiran baru tu. hahah ingat aku memain lah tu. tapi ayah aku tanya, mana orang tu ? Aku baru je keluar, tengok diorg pecut lari. Aku macam, krik...krik...krik... Ayah aku cakap tak ada pun.

Walau apa pun, alhamdulilah aku selamat. Aku syak lah kan, dia tanya nama tu nak lekakan aku. Tapi dia ada suruh panggil mak ayah aku. kalau aku pergi panggil parents aku macam tu je dan tinggalkan adik aku. wuishhh tak leh nak gambarkan. Alhamdulilah, aku dengan adik aku selamat. huhuhuhu.

Thanks sebab baca entry yang tak menarik ni.

You Might Also Like

5 comments:

ID CHLYSE said...

Wush. Sekarang pun banyak suda kes kes culik ni. Sebab mau organ la dan ini la itu la. aku pun takut juga ni. Dunia semakin parah

Tomo said...

sekarang ni makin bertambah orang jahat. takut betul. semoga kita selamat dari semua ni.

ya allah.. alhamdulillah selamat.. btw shawal singgah + follow sini ye.. :)

http://akubukaninnocent.blogspot.com/2015/12/pencarian-sponsor-giveaway-welcome-2016.html

@TomoAmin,mudah-mudahan kita selamat daripada semua ni :)

@Mohd Noor Shawal Alhamdulilah. Okay done follow :D