до свидания 2015 !

20:06,1 Comments

Image result for sad tumblr
Kenangan yang tidak akan dibawa hanyut di lautan begitu sahaja.



Hey blogger.
Masa berlalu dengan pantas kan ? Hmm tahun 2015 merupakan tahun bahagia. hahaha bahagia apa ? bahagia dengan Bestarian TT_TT . Rindu korg lah ! Oh tolonglah dengar. Rindu nak gelak sampai sakit pipi dengan lawak cikgu . Rindu nak panggil cikgu mama dengan ibu. hehehe. Nanti rindu makanan acik kantin. Eh ? tak de kena mengena. Sekurang-kurangnya aku ada meninggalkan hasil seni bio dekat lab. hahaha. Kenangan jugk. Adik-adik yang sekolah situ, jangan cuba untuk letak kasut dekat dinding yang lawa dan kreatif tu. Hasil kegigihan kakak-kakak tua muda ni. Tak dapat pergi sekolah tapi tinggalkan hasil seni pun jadilah. hahahah. Alamak baru teringat. nama aku lupa nak letak dekat dinding. hahaha. Maaf anda dh terlambat.

Esok tahun 2016. Eh, umur aku masih 17 lagi tapi anggap dah 18. Tak sangka aku dah tua. Omg ! I know I know... I'm getting old ! Lagipun esok sehari je aku pegang umur 17. hahaha. Sebab 2/1 hari jadi aku. hohoho opps dah tercakap. :'D 

dah dah nak cakap pasal lain. Aku dalam proses buat blog baru. hahah. Nanti je lah aku bagitahu link blog tu. Tangan aku sakit meng-edit blog tu. Tahu tak de siapa kisah. bye guys !

1 comments:

Aku hampir

11:52,5 Comments

Image result for kidnapped tumblr
Berhati-hati


Hey blogger.
Sekarang ni kes culik berleluasa kan ? Takut aku. Eh maksud aku, risau aku. pfft. Tetiba teringat masa zaman dahulu, aku pun hampir, hampir, hampir kena culik. Alhamdulilah, aku selamat sampai sekarang. Trauma tu masih ada sikitlah. Nak tahu ke ? jom jom.

Masa tu aku baru pindah je dekat rumah baru tapi belum duduk lagi. Cuma tengok tengok rumah. Entahlah aku tak ingat, tu semua ayah aku yang uruskan. Kawasan tu pun masih baru dan sunyi masa tu. hahahah yang aku tahu main basikal orang. hahahahah. Yela, rumah lama tak dapat nak main basikal luar pagar. Boleh main dekat dalam pagar je. Jadi masa pergi rumah baru tu bolehlah nak main dekat luar pagar. hahaha. Haaa, masa tu aku baru je nak masuk darjah tiga. Huhu. Kebetulan ada jiran aku ni kawan sekerja dengan ayah aku , jadi aku kenallah anaknya. Aku pun nak pinjam basikal dia. hahahahaha Nak berlatih naik tanpa dua roda. Omg ! hahahah sampai macam tu sekali. Nasib anak dia bagi. kahkah.

Dalam main basikal dengan gembiranya dan masa tu masih ramai lagi dekat luar. Parents aku tengah berborak dengan jiran baru dekat-dekat situ. Lepastu, jiran baru tu ajak masuk tengok rumahnya tengah renovate. Tinggalah aku dengan adik aku yang ketiga.

Aku pun mainlah basikal tu nak cuba sangat kan tanpa dua roda. hahaha. Masa main basikal tu, aku takdelah jauh sangat dengan adik aku tu. Tapi aku rasa panas sangat masa tu, yela waktu tengah hari aku main basikal. Memang panaslah kan. Aku dengan adik aku duduk jap dekat satu tembok depan rumah jiran baru tu.

Masa tu jugaklah, ada kereta kelabu waja bawa slow sampai depan kitaorg. Aku masa tu terus bangun dengan adik aku. Rasa macam kaki ni terlalu ringan nak lari. Mula-mula driver keluar dan tanya, alamak aku tak ingatlah mula-mula dia tanya apa. Rasanya, dia tanya nama aku kot. Lepas tu dia tanya, "Adik, nama mak siapa ?", Aku yang terlalu naif pergi jawab padahal dah banyak kali kena pesan kalau orang tanya jangan jawab. Aku panik kot. hahahahha. Lepastu, "Nama ayah siapa ?". Aku jawab kot rasanya. Lepastu, orang sebelah dia pulak keluar dari kereta kelabu waja tu. Datang makin hampir dekat kitaorg.

Tetiba kaki aku ni memang nak lari. Pada masa yang sama, aku kata dekat adik aku,"Nabilah, jom". Aku tarik tangannya pergi rumah jiran baru tu. apalagi, lari laju-laju lahhhhh. Aku campak basikal tu tergolek atas jalan. Aku cakaplah dekat ayah aku, "Abah, ada orang panggil abah dan tanya nama semua tu". Tapi ayah aku buat tak tahu je borak dengan jiran baru tu. hahah ingat aku memain lah tu. tapi ayah aku tanya, mana orang tu ? Aku baru je keluar, tengok diorg pecut lari. Aku macam, krik...krik...krik... Ayah aku cakap tak ada pun.

Walau apa pun, alhamdulilah aku selamat. Aku syak lah kan, dia tanya nama tu nak lekakan aku. Tapi dia ada suruh panggil mak ayah aku. kalau aku pergi panggil parents aku macam tu je dan tinggalkan adik aku. wuishhh tak leh nak gambarkan. Alhamdulilah, aku dengan adik aku selamat. huhuhuhu.

Thanks sebab baca entry yang tak menarik ni.

5 comments:

Soalan dari Liyana

00:15,3 Comments

Aku macam di atas ni. hahahahah

Hey blogger.
Saya dapat soalan misteri dari LIYANA. Kehkeh *sambil layan lagu only you* Marilah kita menyelesaikan soalan misterinya. :P :P :P

do you ever watch "The Outfield Movie"? lolOh tak tahu pun tu cerita apa. Ya Allah, kunonya aku. hahaha . Cerita apa tuh ? Share lah.

list top 5 of your current favourite song Alaaa, banyak sebenarnya. Jap jap nak ingat balik.
1. Love will remember - Selena Gomez
2. Taylor Swift - Begin Again
3. Miss A- Only you
4. SNSD- Mr. Taxi
5. Duloc Song - Shrek (cuba dengar ni) hahahahahha

who is your favourite internet star?Arghhhhhh fav question ! Mestilah kekasih kacakers ; cameron dallas. >_<

what type of shoes do you like ?Wedges booties. sebab nampak cantik. meh saya belanja gambar sebab tk thu nama jenis kasut. hahahah

Image result for shoes tumblr

Image result for shoes tumblr

Image result for shoes tumblr

tell us your story behind your current url blog :)Fuuuuh. bila baca je kan mesti keluar greennyworldland. hahahah Kenapa mesti tu ? Sebab dulu mai memang fanatik dengan warna hijau. Yela, hijau yang menyenangkan. Hahaha. tu yang timbul dalam kepala mesti mulakan dengan greenny. lol worldland ni jap nak ingat balik. ni sebab terpengaruh dengan nama alice in wonderland. tapi nak tukar jadi worldland. konon blog dunia sendiri. hahah. Macam tu lah timbulnya nama greennyworldland.

3 comments:

Lawatan tengok mayat part 3

23:32,2 Comments

Hey blogger.
Last part. Mai cakap nak share gambar enn ? Di bawah ni je la, yang dpt diletakkan dalam blog. Kahkah. Banyak kot tapi malas nk letak. Btw,aku nak nangis tahuuuu. sebab aku minta dekat junior gambar kitaorg dekat kameranya. Tak sangka dia dah terdelete sebab ingatkan takde orang nak mintk. Omg! T___T PART 1 PART 2






Nilah patung tu yang aku cakap amir tiru gaya patung ni. hahahaahahah kelakar lah


Abang- abang kacaks. hukhuk

Tu sekolah saya yang ceria dan penuh dengan warna-warni.


Nak pergi sekolah balik. T_T :P mana satu aku ? hahah

2 comments:

EL

17:59,0 Comments

Wuish kacaknya jack frost. hahah. 
Hey blogger.

Sebelum habis tahun 2015, marilah kita cerita sana sini. el. apakah itu el ? Siapa el ? Dari mana muncul ? hahah lek lek. Sebenarnya, dia tu classmate aku. namanya danial. tu nama singkatan bagi el. Huda yang wujudkan nama tu. Gosip tahi kucing telah tersebar sampai kelas sebelah je punsss. Okay, macam ni. Tahun lepas, kelas aku ada buat jamuan kelas. Aku minta gambar dari kamera arfah pun tahun lepas tapi dia kata nantilah dia bagi. busy konon :3 Sikit je dia tu pun dalam phone dia. Tahun ni lah baru dia bagi semua gambar. Tapi dia belum bagi lagi, dia tengok-tengok gambar jamuan tu dan terperasan.....

Terperasan.........
Terperasan.........
Terperasan.........
Tak ada apa. Dia perasan ada gambar aku dengan danial. Duhhh peliknya, macam mana aku boleh tangkap gambar dengan dia. Semak je -.- Aku pun kenapalah tak ingat siapa yang tangkap gambar tu. Memang nak kena. alissa kalau tak silap. Arfah pergi hantar dekat ws, "cehh dalam diam-diam". Kwaja. hahahhaa. Nasib baik masa tu cuti panjang. Kalau buka sekolah, mesti semua kecoh. Classmate je pun. Betullah sangkaan aku. Ni semua gara-gara arfah. Aku fikir senyap je sebab diorg dah lupakan . Yela cuti panjangkan. Ingatan diorg mesti lupus . hahaha tapi tak. Satu hari dekat sekolah kena bahan dengan mereka. Apakan dayaku untuk menghalang ? dalam 20 lebih lawan aku. Aku kalah lah kan ? Aku mampu gelak je. hahahah. Banyak duh peristiwa. haih. Aku cerita dekat huda, serupa tak yah cerita. Dia tu pun sekepala macam classmate aku. 

Tak sangka tersebar dekat kelas sebelah. Datang-datang je sekolah, duduk dekat dataran, emi cakap mana MaiEl ? Perghhh, over nya korg siap ada nama singkatan bagai. hahahahahaahahhahah. Ni huda lah ni. Tah mana dapat idea. Hey huda, ingat rol. :P :P :P  Ada satu peristiwa..... Jeng jeng jeng....

Pagi selepas dah masuk kelas. Aku tengok papan putih tu menyakitkan mata aku dengan contengan. Jadi aku padamlah. Korg tahu apa terjadi ? Oh mestilah tidak kan ? Aku terdengar ada bunyi tapak kasut jalan ke arah aku. Aku toleh belakang. Korg tahu siapa aku nampak ? hahahah macam dah tahu kan. siapa lagi, el lah. Aku rasa macam apa kena dengan danial ni ? Awkward gila datang dekat-dekat aku. Rupanya nak tolong aku padam papan putih. hahahahaah. Paling tak leh bla, tak menyempat letak beg dekat tempat dia. Aku letak je lah pemadam tu biar kau padam. hahahah. Ratna pulak memang tengok saat-saat pelik dan cakap "wahhhh, mai danial datang nak tolong." Aku menangis tak berlagu. huhhuhu hari tu pun kena bahan. hahah sedihnya hidup. Aku pun tak faham dengan mood dia pagi-pagi tu. 

Pasal gambar tu. Aku cuba sedaya upaya untuk menafikan gambar tu. hahahah. Aku hitamkan gambar tu. dan post dekat insta. Aku gelapkan area danial je lah. Hahahah muiz tanya kenapa gelapkan ? hohoho soalan misteri. Diorg yang ada insta tu tahu lah. Aku berani buat macam tu sebab el tu tak ada insta :P :P Rasyid kot pergi komen "danial tu dah lah hitam, kau gelapkan lagi" ahahahhaahhah. tak baik ah korg. Tergelak aku sorg-sorg menaip ni. Namun ada yang pergi hantar gambar tu dekat el. Omg ! siapa yang bagi oh. Kejam sungguh. Diorg kata el marah sebab aku gelapkan gmbrnya. Maaf ya. hahaaha. Macam biasa, esok pergi sekolah kena bahan lagi.
ratna cakap, ayok mai pergi minta maaf dekat danial. hahahaa. haritu aku tak berani nk tengok muka el. Lepastu ratna cakap, mai nanti minta maaf dekat danial waktu hari raya. hahaha omg bestarian , aku rindu korg lah ! Rindu nak gelak-gelak.

yang ni cerita lain pulak. cikgu liza bagi karangan untuk buat secara berpasangan. Aku dah berdebar-debar duh. hahhaha. Mesti hal el akan timbul lagi. dari cikgu yang tak tahu terus jadi tahu. hahaha. Cikgu suruh bestarian bangun dan berdiri dekat depan untuk menentukan partner masing-masing. Cikgu sebut nombor ikut list nama kelas. contoh, 1 dengan 10. macam tu lah. tapi ada yang tak hadir. Jadi memang dah ramai ada partner. Tinggal aku, izzah, farah, ainin. lelaki tinggal el, amirul (monitor). btw, teacher musalmah suka panggil dia monitor daripada nama dia. hahahah funny lah. eh luar tajuk pulak. lagi sorg siapa enth. faizol kot. awok mendukung faizol . hahahah maaf keluar tajuk lagi. 

lepastu arfah cakap, "Cikgu, mai dengan danial", aku macam rasa apa dah jadi dengan dunia bestarian ni. lol. Bila dia cakap tu, semua teriak macam baru lepas keluar zoo. Cikgu memang dah hampir suruh aku jadi partner el tu. Aku tak nak oh. Alhamdulilah, cikgu tak jadi nak el jadi pasangan aku. Cikgu terus tukar, biar farah dengan el. Aku dapat tengok reaksi diorg. "Alaaaaa" dengan muka sedih hahahahhahahahah hatiku yang ketawa riang gembira. Jadi cikgu satukan aku, izzah,ainin. Yeayyyyy ! Tahu sebab apa cikgu tak nak ? Sebab diaorg teriak kerana nk sangat cikgu jadikan aku partner el. please lah. Tulah bising lagi. Hohoho. Tapi ennn, boleh pulak cikgu sempat cakap, " Cikgu pinjam danial kejap ya maisarah" hahahahhahahahahhahahaharindupnlizahmmm. Tu je la yang aku ingat pasal peristiwa el. lolz. Aku share pun sebab huda suruh T_T lagipun zaman persekolahan dah tamat. huaaaaaaaa T_________________T . Assalamualaikum.

klik klik terima kasih. jom JOIN


0 comments:

Lawatan tengok mayat di MSU part 2

00:24,0 Comments

Image result for memories tumblr
Jam menunjukkan 0:03. lolz.  Entry SEBELUM

Hey Blogger. 
Mesti korang semua dah tidur. Takpe aku jadi burung hantu dekat sini. Kruh kruh. Sambungan..
Ayuni nak gantikan ratna. Aku okay je sebenarnya. tapi sedih ah sebab dia tak dapat ikut kan. Kalau boleh 3 orang , dahlama dah. Sebelum tu, nawal bagi borang tu lambat, jadi dia cakap kemungkinan kalau jadi dah dapat pengesahan, boleh lah pergi. Lama betul nak tunggu keputusannya. Masa tu aku dengan ratna rasa macam dipinggirkan. Yela, diorang macam tak endahkah pun pasal lawatan. Akhirnya, ada jugak lawatan tu. Lepastu dah bagi borang, nawal suruh bayar awal sikit untuk buat name tag. semuanya 20dollar. Kena tunggu lah tarikhnya. sebulan lebih. Sebab diorang cadang nak pergi sana 30/7/15. Hari Khamis. Lahhh lupa nak cakap. Arfah and the geng pun join. Mestilah diorg nak join kan. -..- 

Sebelum sehari nak pergi sana, cikgu dalam kelas cadang nak buat aktiviti lah kan. Lepastu, mereka bising cakap, esok ramai takde. Sebab tengok mayat. haha. Dalam 6 orang lah. Takdalah ramai mana pun. Perasaan gembiranya tak dapat nak diungkapkan. hahah. Campur-baur. :P Malam tu dah prepare apa yang patut. macam nak pergi luar negara . Erk Erk Erk. Tetibalah malam tu masa nak tidur tak dapat nak bayangkan tengok-tengok mayat tu. pffft. 

Keesokan pagi, aku macam dah cuak lah takut aku lambat ke sebab nawal kata kena bertolak awal. Tapi aku pergi dataran perhimpunan, fuhh nasib baik belum bertolak lagi. Tapi aku tak sempat nak duduk, baru berapa saat, dah kena bangun pergi luar sekolah. hahahah. Lepastu ennn semua tunggu luar. Dan ternampak dany si perasan kacak selamba masuk sekolah lambat. Sebenar ada masa lagi tapi dia datang lepas dah baca doa. Tak guna punya geng arfah, ada ke diorang pergi cakap " Danial, mai ada dekat sini". Hahhaha. Gossip antara bestarian yang tahu pasal apa diorg sibuk gosip aku dengan dany perasan kacak. hahahahah. Nawal pun bagi name tag. Wooooah. Cantik gak name tag tu. Aku pun pakailah. Masa tu lambat nak tunggu bas. Katanya datang pukul 7.30. Itulah dugaannya yang aku ada cakap dalam entry ni. Nak tahu apa dah jadi dengan bas tu ? Esok lah aku cerita. bye gais, ngantukssss . Good night !

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sambung balik. Kitaorg makan lah dulu, makan nasi lemak untuk sarapan pagi. Lepastu, dalam nak menunggu bas tu, diorg sempatlah selfie . Mentang-mentang dinding berwarna-warni. MAsa aku dengan ayuni tunggu dkt bus stop, aku perasan safwan dh dua kali lalu depan kitaorg. baru perasan dia pergi tangkap gmbr kitaorg dgn muka tak ready. sakit hati oh. Eh lupa lah nak mintk gmbr tu. hehe Lepas dah selfie, tunggu lah bas. Semua macam mana ni bas, kata nak datang tapi tak datang-datang pun. Cikgu call org bas tu. Dia cakap dia tak dapat nak amik. wtf. Kenapa tak cakap awal-awal ? Lama betul tunggu. Tah macam mana entah, ada bas untuk budak drama dekat sekolah aku ni nak buat pertandingan. Cikgu pun berbincanglah dengan acik bas. Dia kata dia boleh suruh kawan dia amik tapi kena tunggu lah sebab dia nak hantar org lain. lama jugak lah nak tunggu. Semua menarik nafas lega oh.

Dalam jam 9.30 , acik bas tu datang, kitaorg semua naik lah bas, dengan letak makanan semua. Aku dah bercadang nak duduk dekat belakang. tapi biar je la budak lelaki bergumbira dekat belakang tu. Jadi aku duduk bhg tengah dengan ayuni. Tu pun masih berebut, sebab aku nak duduk tepi tingkap. Lepas tu ayuni cakap dia pula nak duduk tepi tingkap waktu balik. Yelaaaa. aduhai. Masa tu pun diorg nak selfie dalam bas. ayuni tk sporting lah, bukan nak selfie, kesian aku. hahahah. Tak delah lama sangat nak sampai sana. dekat je pun.

Kedatangan kami disambut abg apa entah namanya. Tak ingat. Kitaorg keluar dari bas amik semua air dengan makanan. Budak laki yang bawa. haha. Keluar-keluar je nampak student situ tengah buat aktiviti diorg. lepastu kitaorg selfie dekat dinding msu tu. fuuuh tak boleh kalau tak bergambar. Lepastu kitaorg masuk ke perpustakaan. Masuk je, semua tengok hasil seni dekat sana. tapi tu bahagian bawah lah.  Abg tu bagi pun suruh berkumpul dan dia bagi ceramah sikit pasal perpustakaan ada 3 level. Peringkat pertama, boleh bercakap-cakap dan makan. Eh boleh ke makan ? aku  tk ingt pasl makan tu. tingkat 2, tak boleh bising sangat. Paling atas sekali , kena diam. haha. Kitaorg pergi tingkat satu, dan ada satu bilik dekat situ. Semua amik tempat masing-masing lah. Ada dua tempat kosong tepi aku, ingat kan perempuan nak duduk. Rupanya syahir duduk sebelah aku. Errr. Rasa nak tukar je dengan ayuni. dia gelak kuat gila, lepastu abg tu memperkenalkan dirinya. abg ridzwan tak silap lah. aku main agak je. sebab aku ternampak namanya dekat kot dia. kahkah. dia dari kos multimedia. lebih kurang macam tu lah.

Lepastu, abg tu bagi ceramah dan pen dari msu. Kemudia , dia bagi borg untuk kitaorg isikan. Lepas dah isi, kitaorg hntr lah. Tak sangka, tak diduga, dia baca pulak sorg-sorg punya borg. Ada yang nak jadi tentera, doktor pakar bius, engineer, doktor haiwan, perfileman lah. macam-macam. sampai turn sathia, abg tu sebut 'biochemistry' ? Ada ke bidg tu. sathia ckp ada. haha. lepastu dia baca aleeya punya artis fav dia; justin bieber. lepastu dia tanya mana aleeya. semua ckp tu bieber, bieber. lol lepastu dia baca aku punya dan sebut ca me ron da llas. Ceh macam lah kenal. ahahah. Ada satu part tu, abg tu tanya, siapa si 'kecik' ni. diorg cakap poehhh. haha. lepastu abg tu ckp, poeh byk cakap. hahaah. abg tu ckp sebenarnya kentang gorng tu diperbuat drpd jagung 100%. satu bilik tu gelak sebab jagung. Syahir pergi cakap , jagung ? hahah. Lepas dah beberapa minit dalam tu, abg tu suruh kitaorg keluar nak pergi bilik lain. tengok setiap level bagi library tu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bilik pertama kitaorg pergi ialah bilik fesyen. Memang kena turun, sebab kitaorg dekat tingkat 16. Jadi kena guna lift lah. Abg tu tak kisah kalau sesiapa nak turun guna tangga. haha. Ikut peringkat lah turun lift. Kemudian, masuklah dalam bilik fesyen tu, adalah dress yang ada dekat sana. Ada satu part tu, patung tu posing kepala mendongak dan tangan ke pinggang. Amir pergi ikut cara posing patung tu. hahaha dah macam apa dh aku tengok. Abg tu cakap ada bilik runaway untuk projek fesyen. Ada artis datang juga. Jalan depan sikit, nampak ada bilik menjahit. tapi boleh tengok dari luar je. Dah pergi bilik tu, kitaorg pergi bilik perubatan. Dekat situ, ada part anggota badan. contohnya, macam mana nak tahu breast cancer/ cara potong kaki dsb. Dekat situ tak boleh tgkp gmbr. tapi kalau dpt pun sebb diorg tngkp senyap-senyp. haha. Lepastu, kitaorg pergi bilik anatomy. Banyak organ sebenar diawetkan. Aku tengok dan tenung. ada peringkat bagi setiap kanser; rahim. lepastu, ada baby diawetkan. Hmm kecil je. abg tu dah pesan jangan sentuh tulang-tulang yang ada sebab tu semua betul punya tulang. Tengok-tengok je la. Aku tgk tanpa menghiraukan mereka sedang berbual-bual pasal apa entah. Lepas dah tengok tu, aku join kejap apa yang diorg cakap. Rupanya cakap bilik yang kitaorg duduk ni berhantu. funny duuh cerita psl hantu. Wuish, agak ah dah lah seram walaupun siang hari. Yela, sebab semua yang ada dalam bilik tu organ betul. Bila semua dah puas tengok, kitaorg keluar balik untuk ke bilik seterusnya. Bilik tu pun sama jugk berhantu. err. Abg tu tak bagi tangkap gmbr. Tak silap aku, ada org tanya,knp tk boleh? Dia cakap dulu, ada jugk org tgkp gambar, faham-fahamlah dalam gambar tu ada apa. Tapi ayuni pula tak tahu yang abg tu tak bagi tgkp gmbr dkt situ. Hohoh dia pergi tangkap. Hmm nape tak tgkp semua je. haha XD XD
Lepas tu buat cpr dekat patung. Walaupun ada 3 patung, semua berebut, aku takde peluang nak buat. Yela masa tak mengizinkan. Lepastu semua serbu dekat baby patung. amir pergi amik baby patung tu
buat macam anak sendiri. hahaha. Suruh kitaorg diam sbb baby patung tu nak tidur. erk. -,,- ada yang fail buat cpr, ada yang berjaya.

Masa nak pergi tingkat bawah, saat-saat nak jumpa mayat. Alah tak jauh pun. Jadi ramai nak turun tangga. Aku dengan berapa org je yang tinggal dekat lift tu. Boleh pulak abg tu ckp, awak semua ni malu-malu eh. hahahahahahahha apa kah? Tetiba rozana pening-pening. Lepastu abg tu bawa keluar tempat parking. Sebab bilik tu jauh.

Jumpalah pintu bilik mayat. Semua gulp. Abang tu ckp siapa yang tak boleh masuk, sila duduk luar. Eh dia ni, nak buat aku takut ke? Terus sejuk duh tangan. Semua cakap boleh je. Semua pun masuklah. Woahhhhhhhhh ! benda pertama aku jumpa tengkorak dibalut plastik. Jakun gila macam tak pernah jumpa. haha. Abg tu ckp tengkork tu memang betul-betul. Jadi jgn sentuh. Busuk oh bilik tu. haha. Lepastu tengok kaki sebenar yang dah diawetkan. Macam nak sentuh je. haha. tapi mana boleh. Aku fikir tu je mayatnya. Rupanya belum lagi tengok mayat. *matakeatas* Masuk lagi satu bilik. Abg tu suruh letak beg dkt dalam peti. Pintu pun terbuka luas. Semua peliklah kenapa abg ni menangis. alih alih lepas tengok bilik, dia kelip-kelip mata macam nak nangis. Maklumlah kitaorg tak tahu. Dia cakap bau formalin kuat. Jadi dia cakap, siapa tak tahan mesti keluar dari bilik tu. Semua kena tutup muka. Hmm, kenapa diorg tak nak bagi mask. ahah. Aku tutup dengan tudung je lah. amik kau, baru je tengok ada haiwan diawetkan, tak pasti apa pebenda, tapi macam buaya lah. aku rasa macam hidu bawang tapi lebih teruk. Menusuk hidung oh baunya ! omg !

Jasmi orang pertama keluar. haha, nangis ke ? hahaha. Lepastu aku cuba keluar jap. amik udara segar lepastu tutup balik. Macam nak pengsan tahu. Aku pun mula dekat dengan tempat mayat, semua mayat dalam tu direndam dengan formalin. Tapi bukan mayat yang sempurna lah. Macam tangan dah dikerat, kaki. banyak terpisahlah tapi dalam tempat tu. Kau bayangkan, kau semakin dekat, semakin menusuk bau tu. Aku biar je mata aku berair janji nak tengok. hhuhu. ada yang tutup tu, kitaorg minta suruh buka, nak tengok mayat tu. baru sampai rasanya. wuishhh. Tetiba teringat muka diorg. Tu semua mayat beli dari hospital tanpa penuntut. macam dah 3 tahun takde org nak mayat tu. Kos satu mayat 60k . wowww. Bila semua dh puas tengok, kitaorg semua keluarlah. Hmm rasa sedih nak meninggalkan bilik mayat tu. Lepastu abg tu kata lepas ni waktu makan. fuhh memang tak rasa lapar lah lepas tengok mayat. Sebelum masuk bilik mayat tu, abg tu cakap tak semua org dpt tgk even student dkt situ, jadi kitaorg beruntung dpt tengok. haha.

Dia cakp dia bawak dkt satu tempat, Masa tu semua hidung kembang kempis . Bau masakan ohhh. Terliur terus. tapi hanya mampu tengok dari luar je. Tengok diorg masak. Nak sikit ? hahaha Tapi mampu terliur je dekat luar. Diorg semua khusyuk betul memasak. Yang girls pulak tengok abang-abang kacaks memasak. hahahaha tu kerja korg. haiih. Akhirnya, dapat jugak masuk bilik memasak tu. Macam ada roti dah siap je. Macam untuk kitaorg je ? hahahaa kebetulan je sebenarnya. Kalau ada rezeki kotaorg, dapatlah merasa makanan walaupun hanya roti. Nampak sedap dan kitaorg makan roti bulat dan rasanya seperti... omg, rasa hangit. Korg bayangkan, semua yang masukkan kuih tu dalam mulut dan masing-masing pandang antara satu sama lain. hahahahaha Aku macam mana ? Aku makan je la dan telan je lah. Ada org tu cakap dekat aku,air dalam sinki ni kena sentiasa buka sebab nak alirkan kekotoran. Oh aku fikir diorg nak membazir . Dia macam terngkan dekat aku sorg je. Tak kisahlah, dpt pengetahuan. :) :) Lepastu, diorg tak boleh keluar kalau tak bersih kan dapur. Aku mengangguk je. Sekurang-kurangnya,4 jam untuk bersihkan dapur tu. Lepas hampir semua keluar, diorg pergi muntahkan kuih tu dalam tong sampah. Perghhh, aku perasan org dkt situ tgk diorg buat macam tu. haha >< Kalau nak tengok gmbr, jom tgk dekat insta saya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masa untuk makan tengahari. Hey, apalagi makan nasi bungkus yang pagi tadi bawa. Nasi ayam. Ramai dak dak palam study situ. Yang mana kenal tu, diorg join sama-samalah. lepas makan tu, pergi surau , nak solat. Masa nak solat , ada sorg kakak tu tanya, kitaorg ni pelajar mana. Diorg jawab punck alam. Kakak tu pun kata dia ex-student sana. Aku lupa nak tanya namanya. Tengok muka macam kakak syafiqah frzana. Lepastu dalam pukul 2 lebih tu, cikgu suruh buat hal masing-masing sebab bas datang lambat dalam pukul 4 rasanya. Kitaorg tunggu je la dekat bawah pokok, lepastu pergilah beli roti dekat bawah tu. makan ais krim semua tu. Depan tu ada tesco, cikgu bagi pergi tapi malas lah. Nak pergi pun jauh jugak walaupun depan je. Dan selfie,selfie , selfie. Bas pun dah sampai. Nak petang dah kitaorg balik. Penat :')
tu je lah yang dpt aku share.

Seronok. Rasa nak pergi lagi je.

0 comments:

Lawatan tengok mayat di MSU Part 1

23:43,3 Comments

Image result for flying tumblr
Mayat
Hey blogger.
Malam ni pada 26/12/2015 aku ada cerita nak dikongsikan bersama korang. Walaubagaimanapun, aku baru je habis makan epal. Ya, aku tahu korang tak amik kisah pun. Hahahah. Tajuk tu macam menakutkan kan kan kan ? Sebab apa ? Sebab ada perkataan 'Mayat'.  Siapa dah rasa meremang bulu roma ? Aku nasihatkan jangan baca. Hehe :) . Sebelum tu, aku dapat idea nak tulis pasal tengok mayat ni sebab 'ter'nampak name tag bagi biology's student. Sobs sobs. Rindu ahhhhh ! Baiklah tanpa membuang masa, jom korek-korek cerita.


Sepatutnya lawatan ni buat lebih awal sedikit pada tahun 2014. Tapi ada masalah, bukan masalah sebenarnya, banyak prosedur kalau nak pelajar pergi lawatan mana-mana. Tapi alhamdulilah, aku dapat merasa pergi tengok mayat. Excited duuuuh. Boleh jadi kenangan paling manis lah! Sebenarnya, lawatan ni kelas 5C yang bercadang dengan cikgu Bio aku. Kebetulan cikgu bio aku tu guru kelas diorg jadi sepakat nak buat lawatan. Yela , tak syok jadi budak bio tak melawat sana-sini. Kebetulan diorang offered untuk kelas 5B sebab nak cukupkan orang bagi satu bas. Kalau tak, diorang terpaksa bayar lebih. Pelbagai dugaan betul pasal bas ni. Nanti aku cerita. Okay , yang bagitahu dalam kelas aku tu namanya Asyraf. Ingatkan satu kelas boleh pergi tapi hanya 5 orang je tempat yang tinggal. Eh waaah, aku dengan ratna memang macam rasa nak meletup je sebab terlalu gembira ada tempat kekosongan. Masa tu tak silap tengah puasa. Apalagi, belajar pun tak tenang memikirkan nak hantar nama dengan ic dengan Asyraf tu. Kalau tak, melepaslah nak pergi.

Lepas je bunyi loceng, Krinnnnnng, aku dan ratna bergegas berlarian anak-anak sebab nak kejar diorg nak hantar maklumat. Hmm dahlah diorang dekat makmal fizik. Tercungap-cungap aku lari. Nasib baik ada Asyraf dalam lab tu. Kitaorg jenguk, then dia macam buat dunno je. Hey, cepatlah, kitaorg nak balik ni. Lama duh dia berbincang dengan cikgu fizik. T.T nak nangis aku tunggu dia. Memandangkan ratna balik naik motor, jadi aku suruh dia tolong hantarkan maklumat yang diorang nak. Aku balik dengan kegembiraan. hahah, padahal acik van tengah tunggu aku, alah takpe, aku memang selalu balik lambat. Tapi kan, aku pun tak tahu kenapa, setiap tahun aku sekolah, mesti kelas aku yang lambat balik. Sekarang terfikir pulak. Hahahah.

Balik tu terus tanya mak kesayangan. cewaaaah. Mestilah kena minta kebenaran kan. Kang mak kau tak sanggup nak lepaskan anaknya melihat mayat. hahahah. Mak aku pun macam terkejut, tapi taklah terkejut sangat. Lepastu tanya "Betul ke kau nak tengok mayat ?". Aku jawab " Yaaaaa" . hahahah
tapi mak aku suruh tanya abah aku. huhuhu. Masa tu  memang mengharap sangat dapat pergi. Mak aku yang tanyakan . hihi. Kelihatan jawapan abah macam tak bagi, sebab tak pasti dengan anaknya sendiri. Takut lemah semangat. Yela orang takut nak tengok mayat tapi aku ? Semangat gilooos nak tengok. Malam tu aku ws ratna, macam mana jawapan parents dia. Dia cakap mak dia macam tak yakin yang dia boleh tgk mayat. Aku macam hmm alaaaaah. hm tak pelah kalau mak dia dah cakap macam tu. Lepastu ratna kata kalau mai nak pergi,pergilah. haha. Aku pun ws si nawal suruh jagakan 2 tempat kekosongan. Hehe. 

Keesokan harinya, masa balik, nawal bagi borang untuk isi. tapi ratna pegang jugak borang tu manalah tahu kot kot mak dia bagi ke. Dia pun akur dengan kata maknya, dan tanya siapa nak pergi dalam group meja kitaorg. Ayuni yang menawarkan dirinya sebagai pengganti ratna. Aku macam krik krik. Wohooo, partner yang aku paling rapat ratna je. hahah walaupun satu meja , tapi aku berasa kekok . hahaha ahh tak kisahlah. Macam mana seterusnya ? Nantikan... aku nak layan Masquerade. hahahah

3 comments:

Bila kau lupa password.

13:03,1 Comments

Image result for shock tumblr
Erk. *muka blur*


Hey blogger.
Hampa duuuuh bila cbox buat hal. Opps bukan cbox buat hal tapi aku sendiri. haha. Cbox yang dulu dah lupa password. Ke jadah email pun tak ingat yang mana satu. Tu lah banyak sangat email. Ni bukan kali pertama oh lupa password. Cbox ni dah berapa kali berganti. Dulu pun macam tu. Nak nangis aku. Guys, jomlah penuhkan cbox saya yang krik krik tu. Pergh mrs. cameron ni terdesak pulak. haha Sedeeeeeh ;') Maklumlah, dulu nak letak nama cbox dengan nama yang susah dan pelik. Amik kau terus lupa. T.T Bye cbox lama dan aku merelakan kau pergi berambus dari hidupku yang terseksa ni. Sayang betullah, dah berlambak conversation dalam cbox tu. Erk. Erk. Pengajarannya, jangan buat macam apa yang aku buat. Hoho.

1 comments:

9 Questions by Sarah.

20:57,2 Comments

Image result for dress tumblr
Hey blogger.
Haha tetiba rasa excited kena tag dengan Sarah untuk menjawab soalan yang diberikannya. Cewahh. Here we go ! Eh jaaaaaap. Haiiii nama kita samalah ! Auuuwwww *mengaum* haha

1. Nama panggilan dalam blog.  Mai sebenarnya lebih selesa untuk orang panggil Maisarah. tapi semua telah 'memendekkan' namaku. Hanya tinggal jadi 'Mai' je hahaha.

2.Currently studying or working? Kat mana?Penganggur sementara. hahaha. Mai lepasan spm. Sekolah di Smk Puncak Alam.

3. Paling minat dalam bidang apa?Woahhhh good question. Of course lah bidang seni bina. huhuhu. Nak jadi arkitek akan datang. hukhuk.

4. Suka baca buku/novel genre apa?Suka sesangat ! Lagi-lagi novel yang horror/mystery. Tu mesti menjadi utama. Mai tak berapa minat romantika sangat. hahaha.

5. Paling selalu bukak blog pukul berapa dan hari apa?Tak tentulah. Ikut mood. Kalau rajin sangat, seminggu tu buka blog. keh keh. Kalau dah terlalu malas, berbulan-bulan meninggalkan blog ni sampai jadi busuk , berhabuks dan dipenuhi dengan bunyi krik krik.

6. Describe yourself personalities.Hmm. Mai ni jenis pendiam lah. Memang betul pendiam depan orang tak kenal lah. Kalau siapa dah kenal mai tu memang dia tahu yang mai ni akan "menggila" dengan mereka. hahah. Mai dekat luar muka memang nampak serius. Tak tahu lah kenapa. hahaha. Dari lahir kot. hahaha. Mai seorang peramah . Ambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dalam sesuatu perkara. Contohnya, bila berkenalan dengan kwn baru. hukhuk dan seorang yang rajin. <--- orang lain yang kata. haha. Haaa, mai seorang penakut. Hehe XD takut dalam kegelapan. hahahah. Mai suka melukis. Tak boleh kot kalau tak melukis. Rasa hidup tidak berwarna-warni tanpa seni. Erk. Suka menyakat orang. Tu fav tu. :D :D tu je kot~

7. Dah berapa lama/tahun berblogging?Mai bermula memasuki alam blog pada tahun 2010. hewhew. Hmm kira-kira mai dah berblogging hampir selama 6 tahun. :'D

8. Describe blog 'sarahlalala' dengan ownernya sekali. [sokayy, i want a sincerly from yur heart :)]Marilah kita mengomen blognya. haha. Blog sarah simple dan kemas. I liiiiked. Saya suka header awak. Kelihatan begitu comel. Okay sekarang ownernya pulak. Hey, sarah suka arts ? huhuhu sama dongg. Mai rasa ownernya ceria. haha agak je. Ownernya baik dan sopan-santun. Cehh.

9. Umur tahun 2015?17 tahun.

2 comments:

Question tag 1.0

13:57,7 Comments




Hey blogger.
Alamak saya dah kena tag dengan Sab . Terima Kasih sebab tag saya. Jadi Jom jawab soalan yang diajukannya.


Soalan dari Sab
Favourite blog ?Hmm, sebenarnya mai belum ada favourite blog lagi. Tak tahulah kenapa. Tapi masa mai darjah 6, blog Lyssa Faizureen lah yang menjadi fav blog. :) Masa f3 blog kak una a.k.a Kemetot Chomel. Sekarang ni mai dah jarang blogwalking. Tu pun baru mula bw dan jumpa rakan blogger yang baru. Jadi kalau mai dah bw blog sesiapa. Tu semua fav blog mai. hahaha

Apa pandangan awak tentang blog sab ?
Hai Sab :) Blog Sab kelihatan sangat comel. Design yang berwarna pink yang menawan hatiku ke blog Sab. haha. Mai pulak minat soft pink. Mai paling suka cursor sab. Omgggg D.O yang cute miut tu. Blog sab dengan penuh dramatik yang dipenuhi dengan hujan-hujan. Huhu

Selalu active blog pukul berapa ?
Tak menentulah. Kadang-kadang kalau rajin sangat, awal pagi dah active. Tapi kalau malas, mai selalu active petang lah. Itu pun kalau tak busy.

Ambil aliran/kos apa ?
Aliran mana ? sekolah ? Saya dah habis sekolah. haha. Mai amik aliran sains tulen.

Describe yourself.Mai benci orang psiko. hahahah. tetiba emosi jap. Maaf tu yang terlintas dulu. Mai lahir pada 2 Jan 98. Mai paling tua dalam classmate *cehbanggalahtu*. Mai memang suka melukis. Awwww suka sangat, memang dari kecil minat melukis. Mai sebenarnya nak arkitek. huhuk. Haaa, Mai merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Mai seorang yang pendiam. :P :P srs dalam kelas, mai agak diam tapi dalam ws mai menjadi liar bak kata Muiz. hahahaha. 

What the last thing you bought ?Aduh, jap nak ingat balik. Sebuah novel yang berjudul The Girl in the red coat. kahkah.

What is your middle name ?I don't have middle name. Nama saya seketul je Maisarah.

When was the last time you cried ?29/10/2015. sobs sobs

Are you in relationship ?Yezzz. Saya dengan Cameron Dallas. hahahaha

Have you ever been out of the country, if so how many times ?Hm belum pernah dan kosong kali. Hanya imaginasi kukan keluar negara. lol


Ni soalan dari saya.

  •  Sila memperkenal diri anda.
  • Adakah anda berminat untuk mempelajari bahasa asing ? Senaraikan. 
  • Negara manakah yang anda ingin merantau ?
  • Apakah pengalaman yang paling menakutkan dalam hidup anda ?
  • Adakah anda suka membaca novel ?
  • Novel apa yang paling best untuk dibaca?
  • laman web mana yang boleh tengok movie online ? hehe
  • Apakah hobi anda ?
  • Cuba teka lagu "Welcome to duloc such a perfect town, here we have some rules,let us lay them down.." dalam movie apa ? Hahaha
  • Apa makanan kegemaran anda dan kenapa?



Maaflah soalan merapu oh. Jangan lupa korang kena buat 10 soalan kepada blogger lain dan tag 10 blogger juga. tak kisah kalau nak jawab ke tak nak. hihi

7 comments:

Yahooooorrey !

21:47,0 Comments

Image result for flying tumblr
Hello flying birds ! Snow white memanggil ni. :D


Hey blogger.
Yeah hoorey. Huhu. Alhamdulilah. Mai terpilih dalam segmen bloglist dalam blog FADH
Thank youu. *campaklove* hahaha. Jom kita semua terjah blognya. hihi. Btw, i tengah layan cerekarama Husin peninglah. haha. tapi layan gitu-gitu je. Lagipun mai tengah melukis. Yah aktiviti yang tidak dapat dipishakan. huhu. Nanti kalau dah siap, mai akan share dgn korg semua. Mai memang minat melukis bangunan. Sebab dulu-dulu berangan nak buat bangunan sendiri. Jyeah. Nak design cecantik. Bestarian pulak suruh gwe design rumah mereka. Keterperasanan betul. Hohoho

0 comments:

Di manakah menghilang ?

01:26,0 Comments

Image result for crying tumblr
Peeta, don't cry. hohoho. Peeta ke tu ?




Hey blogger. Dengar cerita ramai hilang followers? Begitulah juga dengan aku. Ahhhhh frust menonggeng. Ke manakah kalian menghilang ? ohhhh ke manakah ? Ke wonderland ?? hehe. pls janganlah hilang duh. Sedeeeh. Haha. kali ni short entry je. bai gais. Good night :) dan jangan lupa kliklah iklan nuffnang saya.

0 comments:

Sisa-sisa.

17:21,0 Comments

Bestarian yang disayangi, nanti kita buat macam gambar atas ni. Lepastu nyanyi "We're all in this together. Together,together,together eveyone". Konon HSM. Hm. Bestarian akan berjaya. Aminnn.
Hey rakan blog.
hahaha tadi kata bye kan ? Nak post lagi lah. Masih pasal graduasi. hehehe. Saje nak post lgi sebab kulihat post tahun lalu semua mencapai puluhan dengan ratusan. Lulz. yang tahun ni bawah 10 posts je. Terbuktilah bahawa aku memang malas nak menaip. Masa nak menaip masa tu lah kekeringan idea. Erk. Erk. Srs oh. Sekarang ni pun masih memikirkan apa nak taip. Haaaaa dah tahu dah. Anak Marian Rivera cantik sangat ! Mesti korg kenalkan ? Dia tu pelakon dalam drama Marimar. Awww! Hidung anaknya macam maknya. Awwwwwwwww *mengaum* aku dahlah suka tengok hidung marian.  Hidung anaknya pun begitu. . Namanya Maria Letizia. kenapa tk letak maisarah letizia. hahaha. oopss. tu je kot nak share. haa


0 comments:

Kembali bersarang.

16:58,0 Comments

Image result for graduation tumblr
Wow,comelnya ! Ada ke yang nak buat kek seperti di atas untuk aku? HEWHEW
Hey blogger.
Rasanya aku tak makan kot kek tu. sebab terlalu sayang untuk menghancurkan hasil seni kek itu. Cehhhhh. Dan berangan pakai jubah kejayaan bersama topi petak. Awwww rasa nak terbang je dengan penyapu. Cakap pasal seni, aku nak melukis. tapi tapi tapi tenet seloooow. tak guna. marilah mereput dalam rumah. *tunjukgigiarnab* Best pulak rakan-rakanku pergi melancong. Hey Rasyid, jangan lupa ole-ole aku. kau dah janji ennnn? hahahah. saya yang kejam. Oh lupa nak cakap, dia pergi Jepun. Huhu. Peliklah tenet ni. Dah bayar pun still lambat. -..- peliknya setiap tarikh 28 baru laju gilaaaaaa. apa cerrrr. Aku rasa aku dah lari tajuk lah. Kembali bersarang ni ada kaitan dengan tenet. Yup ada kaitan. Jadi tak lari sangat. Bila tenet selooow, jadi blogku tidak dapat bermanja-manja dengan aku T.T Bye blog. Kutahu kaukan kembali busuk dan bersarang dan dipenuhi dengan belalang serta daun kering yang berterbangan. Oh yeaaay~ Macam mana aku nyanyi ? Seronok tak gaiiss ? *TAKSERONOK* . Baiklah beta bisa mengerti perasaan kalian. Teringat balik, sekolah aku katanya nak buat hari graduasi untuk kali pertama smasa sblm spm. tapi macam krik krik je. Alah baru nak acah-acah batch pertama ada hari graduasi. Hey dah siap berangan lagi pakai jubah kejayaan dengan topi petak. Namun, hancusss, punah. Erk. Takkan tahun adik aku kot (tahun depan) Jelesnyaaaa. Sekolah kitaorg dah tukar pengetua baru. hihi. Tahu korg tak tanya pun. Jap, masa amik result nanti, boleh ke merasa pakai topi petak? hahahahah dari tadi topi petak. teruk bebenor. bye

Image result for graduation tumblr
Apa maksud kau? Erk.

0 comments:

Yeah blog dah bersih

17:35,2 Comments

Will you drink coffee with me ? HEHEHE XD
Hey bloggers.
Sorry sebab tadi aku pergi private blog dengan tiba-tiba. Hee Maisarah memang macam ni. Aku tengok blog aku ni dah hampir 3 tahun tak bertukar bajunya. Hahaha. Dah busuk tahu. Busukkk. Lagi satu, sakit mata aku melihat warnanya kelam gitu. Lagipun tahun last berkepit dengan blog pun tahun 2013. Masa Pmr tu. haha. Aku dah bosan melihat warna sama. ahah eh kisah. Huda nak tengok blog aku. tapi tapi tapi nak bagi ke link? hahah. Penat sungguh tukar baju kau wahai blog :') Sayangilah tuan anda. Macam mana korg ? Okay tk ? Okay tak ada siapa yang baca pun. hikhik. Bye :*

BLOG LAMA GWE

2 comments:

Lifelessssss

12:50,0 Comments



Hey bloggers.
Heee Lama duh tak berblogging. Aku pun dah lupa macam mana nak edit blog. hahaha. Gelaklah, aku cuba buat lawak ni. Hmm. Dah 15 hari aku tinggalkan sekolah. Sedih oh T.T Aku rindu gelak tawa Bestarian. Saya lindu sama lawak kalian. Sebelum Spm, wah macam-macam dah rancang nak buat itu,ini untuk memenuhkan 'masa lapang' kononnya. Tapi bila cutiiiiiiiiiiiiiiii? Omg saya mereput takpun mengembang dekat rumah. Hmmm tidak berjalan seperti yang dirancangkan. Jadi anak dara tulen je. hahahahha Cikgu saya rindu cikgu !!! Saya nak masuk balik tingkatan 5 tapi tak amik spm. hahah. Teringat kembali dalam group Kenangan 5B. Cikgu azian berkata "Bukan haritu semua dah hafal ke bab reproduction". XD XD XD XD. Saya tak pro lagi bab tu :P tapi memang ramai fokus bab tu keluar. Hm Hm Hm. Dah jangan ckp psl exam yg lepas. Adakah 15 hari terlalu awal untuk aku rindu akan mereka ? Tidak terlalu awal mungkin awal juga. Aku menghabiskan masa dengan baca novel the girl in the red coat. boleh tahan ceritanya.

30 Dis 2015,Dewan Gemilang
Setelah kertas 1 dan kertas 2 bagi kertas Biologi tamat. Hanya tunggu kertas 3 untuk menjawab Bio. Dan beberapa jam lagi kami akan meninggalkan zaman persekolahan. Wow, masa dalam rehat sekejap semua dah fikir rindu bagai bagai. huhuhu. Lagi lagi saat perpisahan. Hujan pulak masa tuh dengan angin sana sini. Balik sekolah tu dalam pukul 3.30 , kalau tk silap. Ya ampun aku ni pelupa betul, macam dah tinggalkan 10 tahun sekolah. Tunggu pengawas kutip kertas semua tuh. Dan pengawas pun berkata "Awak dah bebas...blablalbla" Yezzzz! Dan tabiat selfie tidak dilupakan. Hooo semua pergi dekat dataran dan menari-nari kegembiraan. -.- Tapi aku masih dalam kesedihan bercampur gembira sikit-sikit. hehe XD Agak sukar nak digambarkan. Paling penting aku orang paling lambat balik. Woah, tak tahu macam mana nak terangkan. Tapi sebelum tu dekat dataran, kitaorg selfie. Walaupun diorg tak ajak aku, tapi aku nak selfie jugk. Eh kisah walaupun tak dilawa? Kahkah. Selfie yang banyak bahagian. Mula-mula dengan kelas 5A dan 5C. Kelas aku semua dah balik. Tinggal beberapa di bus stop. 2 ketul je kot. lol. Bila dah selpi dengan mereka, aku join geng 5A. Aku tak menyangka, tak menduga, tak dijangka diorg menari dekat dataran perhimpunan. Aku macam "Lek guys" hahahahha. Najibah yang pendiam tu pun menari. Fuh nasib aku tak menari. Aku tak mampu nak menari. hahahaahah. Hanya mampu melihat bangunan sekolah. LOL. Daripada aku menari , lebih baik aku rakam diorg menari. Terima kasih sikit ya. Ni marah marah kucing aku tak join menari :P :P :P

Tak habis lagi adegan selfie. aduuhai penat nk taip. selfie dekat dinding yang berwarna-warna seperti tadika. Aww! tak puas hati lgi. Selfie dekat bonggol. hahahahah teruk bebenor. bawah pokok. Macam jauh sangat dengan sekolah -..- tapi aku takde lah se-over itu. Aku tengok je diorg. sampailah bus stop tu hanya gwe,ratna,arfah,mira,suzi,ma je. Cikgu Kamariah datang huhu dengan berkacaa mata hitam. Woaaaaaah masa tu semua macam "Cikguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!" Rindu sangat-sangat cikgu K. Sebulan je dintinggalkan. Cikgu tanya, "Kenapa tak balik lagi?". Aku pun berkata "Mak amik lambat" ppfft.Masa tu yang lain tak perasan aku dengan ratna berlambai-lambai tangan dekat cikgu. Bila cikgu parking depan bus stop, semua jerit macam kena histeria dapat jumpa cikgu. Paling tak le bla, diorg masuk dalam kereta cikgu. Hey cikgu tak ajak korg pun masuk keretanya. XD XD . Mulalah mereka meluahkan perasaan rindu tu. hahaha. Cikgu K pun join selfie dengan diorg.Bila semua dah balik, termasuk arfah, ma,mira,suzi. Tinggallah aku dengan ratna. Rumah Ratna tak jauh pun dari sekolah tu, lagipun dia naik motor. Dia lah yang temankan aku. Bukan dia sorg je. Kami bertemankan hujan. Daripada hujan berhenti, hujan lebat lepastu hujan renyai-renyai kembali lebat. haha. Lepastu ternampak ada seseorg jogging keliling sekolah. Rupa-rupanya ayah aliya suraya. Rajin betul. hehe.Tunggu,tunggu dan tunggu. 6.30 petang baru gwe balik. fuuuuh. Sekolahku ~T.T~
bye gais.

0 comments: