29/10/2015

23:52 Maisarah Mimo 0 Comments

Sumber : Google.
Semua orang menginginkan kejayaan. Siapa yang tak nak, bukan ? Mudah-mudahan Allah permudahkan Bestarian dalam mengecapi kejayaan dengan cemerlang. Bestarian,ayuh kita semua berjaya dengan jubah kejayaan.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Masa berlalu dengan begitu pantas. Tanpa disedari SPM bakal menjelang dalam 2 hari. Sepatutnya, semalam post tentang entry ni tapi agak kesibukan. Semalam juga merupakan hari terakhir bagi tingkatan 5 untuk bertemu dengan guru-guru cemerlang dalam SMK Puncak Alam dan memohon restu disamping meminta maaf. Agak sayu pada 28/10/2015. Puan Liza Mohd Nor ialah seorang guruku yang paling bertauliah. Beliau sangat tegas dalam mendidik kami. Walau bagaimanapun, bestarian dah anggap cikgu liza seperti mama kami. huhuhu. Terima kasih kerana memberi tunjuk ajar kepada kami dan nasihat yang berguna. Tidak lupa juga kepada guru kelas kami a.k.a ibu, Puan Siti Kartini Abd Jamil. Beliau merupakan guru matapelajaran bagi subjek matematik tambahan. Dan semua cikgu yang mengajar dah macam family. Mereka berdua juga merupakan guru yang rapat bersama kami selama 2 tahun. Terima kasih kerana menerima apa yang kami sedia ada. Terima kasih cikgu kerana memahami setiap cabaran yang kami lalui. Puan Siti Kamariah, Cik Lailatun,Pn Azian,Pn Faridah Sahdan, Pn Rosalinda, Pn Norasyikin Ramli,Pn Musalmah,Pn. Nurma,Pn Norlizam,Pn Haryati dan juga Pn Azizah serta guru-guru yang lain. Mereka merupakan guru-guru terhebat dalam 'membasuh' kami dengan ilmu mereka. Terima Kasih atas curahkan ilmu dengan seikhlas hati.
okay agak funny bila cikgu K cerita 'member aku tidur dekat rumah,aku masukkan kertas dalam plastik' hahahahahahahahah. member tu kitaorg. aduhaii. kelakorlah. waktu nak berpisah lah semua berdangdut. hahahahah
Pada mulanya, bila korg tak kenal cikgu tu, jangan judge dia apa yang org kata. Pandangan orang lain-lain. Kalau nak tahu, kena kenal sendiri. Baru tahu siapa mereka. Mereka semua klako belaka. hahah setiap hari, ssedih,gembira,ketawa. paling banyak ketawalah. cikgu kama kata "kenapalah bestarianerd ni suka gelak. Cikgu terlalu comel. itu lah alasannya kami gelak. ada kenangan danial cakap cikgu K macam doraemon. hahahah kuajo. padan muka kena cubit. baiklah nak study untuk spm. Go MAISARAH!
29/10/2015
Aku menangis-nangis sebab tak tahan sebak. duuuuuuuuuh. Bila kenangkan balik rasa macam malu lah. Okay rileks, ramai lagi gegirls yang nangis. Time jumpa guru kesayangan waktu form 1 dan form 3. yohoooo.aku nangis gila gila depan cikgu azian. mesti huduh muka aku menangis. hahaha. oh no ! Stop imaging !tapi biarlah aku menangis. ada pesanan : buat yg terbaik daripada PMR! okay cikgu In Sha Allah. Saya tengah berjuang ni.
Baiklah.



Ingat kata abang uitm amik course architecture "Spm senang je dik" okay aku pegang kata-kata ni. yuuuhu.

Bye gais. Jumpa tahun depan.

0 comments: