Latihan kebakaran.

10:37 Maisarah Mimo 0 Comments

(15) Twitter
Hello
Hi semua yang comel :3.
sakit telinga. wuu . rasa macam nak guling-guling je. err. Semalam masa belajar PI,cikgu cakap ada latihan kebakaran,jadi cikgu kejar masa sikit nak ajar laju sampai bab berapa entah. lepastu ada bunyi keluar ninooninonino, mcm tu lah lebih kurang bunyinya. dalam kelas aku,ada jugak yang tertengok-tengok,kot kot ada yang keluar ke untuk latihan tu. tapi ustazah yang kata bukan. ustazah terus ajar bab aqiqah. seronok betul. hahaha. kelas kitaorg guna bengkel,so tingkat atas, ada dua kelas je yang guna. jadi kelas sebelah dah keluar,semangat nak lari. lewls. diorang pandang kitaorg, kitaorg macam biasa je. rasa sunyi je. tiba-tiba guru kelas,cikgu kartini naik kelas kitaorg macam dalam keadaan penat dan panas. cikgu tengok kitaorg dengan selambanya belajar. cikgu pun terkejutlah,cikgu cakap kenapa semua tak turun?.mana tak nya, yang ada dekat pavilion, 4 orang je. cikgu cakap semua dah rentung. agak kecohlah jugak kitaorg tk turun.hahaha.semua macam ada yang *krikkrik* ada yang ketawa, ada yang *eh yeke?*. ustazah pun cakap lah "yeke, tak tahu pun,blablabla" cikgu kartini pun suruh kitaorg duduk diam-diam takut bomba datang. sebelum cikgu kartini turun,semua berpakat kalau bomba datang,semua menyorok dekat belakang kelas. belakang kelas kitaorg tu kan bengkel,bilik tamu,tak silaplah, jadi dekat belakang tu memang cukup untuk satu kelas menyorok. hahaha rasa kelas kelakar pulak. ustazah tak habis-habis cakap, kalau bomba datang tak tahu lah nak jawab apa. Muiz yang duduk tepi pintu tu pun dah macam tak tentu arah. hahaha. aku pun rasa cuak jugak :P belajarlah jela macam biasa. tiba tiba dengar bunyi mangga dekat bawah, semua muka pucat lesi. Dalam kepala, alamak bomba naik,bomba naik,bomba naik. rasa nak angkat kaki lari dekat belakang kelas. Semua tengok dekat luar kelas, bukan bomba yang naik pun, rupa-rupanya budak tingkatan 3. Ingatkan bomba. memang dah nak menangis lah. hahhaa lebih lebih pulak sampai nak nangis. ek elehh, takut macam apa je. Rupa-rupanya, tu cuma latihan pertama. Nasib baik tahu. Arfah tak datang, aku lah cerita lah apa yang jadi semalam, dia gelak hahaha. rugi kot arfah tak datang :3 panjangnya cerita. hahaha. eh twitter dah tukar eh ? nampak macm fb pun ada. nampak nampak cantik pun ya. hehe

0 comments: